Love Been Taken
Disclaimer



Hi ! I am Ami and Im 16 y/o.:)
--

Story Owner Linkies


Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Amiiii
Best view: Google Chrome
............
May 13, 2013 | Monday, May 13, 2013 | 0 comments
Tuhan.. 
Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya.. 
Mungkin juga aku tidak indah di mata nya lagi.. 
Tolong Jagakan dia untukku..

Tuhan..
Aku terlalu jauh untuk melihat dia..
Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia..
Tapi dalam hatiku..
Hanya ENGKAU yang tahu..
Seberapa dekat dia di hati..

Tuhan..
Berikanlah dia kesihatan..
Kurniakan lah DIA kegembiraan..
Agar aku juga turut senang melihatnya kelak..
Andai ENGKAU
izinkan..

Tuhan..
Dalam hatiku hanya ENGKAU yang mengerti..
Rasa sakit,
Rasa rindu,
Menahan perasaan yang tidak sepatutnya muncul untuk DIA..

Tuhan..
Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap DIA..
Kau pudarkan lah rasa ini..
Rasa yang ada dalam hati..
Kerana makin hari rasa itu semakin menebal..

Tuhan..
Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta DIA..
ENGKAU pertemukanlah mereka segera..
Dan bukalah mata hatiku..
Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya..

Tuhan..
Begitu aku sukar menahan perasaan ini..
Perasaan yang terpaksa didiamkan, ditahankan..
Sesak setiap kali memikirkannya..
Tapi apalah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU..

Tuhan..
Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki DIA..
ENGKAU lindungilah dia.. ENGKAU jagalah DIA untukku..
Itu sudah cukup buat aku rasa lega dan senang..
Itu sudah cukup buat aku rasa bahagia..
Untuk terus pergi dari hidupnya..

ENGKAU permudahkanlah urusannya,
Agar DIA disenangi kelak..
Agar DIA menjadi insan yang berguna untuk keluarga, agama, dan bangsa..
Agar aku bisa tersenyum melihat setiap kejayaan yang tercipta untuknya..

Itu sudah cukup mengantikan perasaan sedih dan sakit yang aku tanggung.. 


Old things | New things